Friday, November 25, 2011

yuna :)

Spot Hangat

Trofi Yuna akan ditarik balik..



Sudah menjadi adat jika ada majlis anugerah mesti ada kontroversi walau sekecil manapun.  Majlis Anugerah dan Kontroversi ini tidak asing lagi seperti bak kata pepatah seperti isi dan kuku. Festival Filem Malaysia (FFM) yang ke 24 baru - baru ini, juga tidak lari dengan kontroversi.

Ada yang mempertikaikan bagaimana pula Jurey yang juga Presiden GAFIM, boleh bertanding dalam anugerah yang mereka anjurkan sendiri? sedangkan, dalam pertandingan kuiz sekalipun, syarikat penganjur, kakitangan dan keluarga mereka pun tidak boleh ikut serta sekali, inikan pula acara besar seperti  Anugerah FFM.

Selain itu yang kini asyik hangat diperkatakan adalah kontroversi membabit lagu Penakut penyanyi Yuna itu belum berakhir. Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada AIM lalu itu khabarnya akan ditarik balik. Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

Kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik). 

Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui dari Aizat dan Dengarkanlah daripada penyanyi Datuk Sheila Majid.

Apa - apa pun kita tunggu dan lihat dalam beberapa hari nanti akan ada kenyataan rasmi daripada pihak penganjur dan Yuna pada malam itu  tidak menyangka kemenangan tersebut sememangnya tidak bersalah dan Yuna hanya menjadi mangsa keadaan.
  *sumber HOTFM
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
saya nak jadi macam awak boleh tak?  
YUNIS ?
HOHOHOHOHO


0 comments:

Post a Comment

OK :)